Kepada anda yang tidak pasti bagaimana hendak membuat pesanan, bagi memudahkan anda, kami telah menyediakan panduan langkah demi langkah (step-by-step guide) untuk membuat pesanan. Anda cuma perlu ikuti langkah-langkah yang diberikan. Selamat membeli-belah!
Langkah 1:
Pilih kategori barang yang hendak dibeli dengan mengklik kategori dalam kotak kategori (sebelah kiri-atas).
Langkah 2:
Kini anda akan dibawa ke ruangan kategori produk yang anda pilih. Klik pada gambar atau nama untuk membaca lebih lanjut mengenai produk tersebut atau klik pada "beli sekarang" untuk terus membeli tanpa perlu membaca info mengenai produk. Jikalau anda klik pada gambar atau nama produk anda boleh teruskan kepada langkah 3. Jikalau anda klik pada "beli sekarang" sila ke langkah 4.
Langkah 3:
Kini anda berada di dalam ruangan info produk. Di sini terdapat info-info seperti khasiat, harga dan gambar produk. Klik "masuk troli" untuk meletakkan barang yang dipilih dalam troli maya (virtual).
Langkah 4:
Kini anda berada dalam ruangan kandungan troli. Di sini merupakan gambaran kandungan di dalam troli maya anda. Klik pada "kemaskini troli" untuk reload page (tujuannya adalah untuk membuang produk yang tidak diigini dengan menandakan checkmark). Klik pada "tambah produk " untuk menambah produk lain (ulangi langkah 2). Klik pada "Kira & Bayar" untuk mengakhiri pembelian dan bayar.
Langkah 5:
Kini anda di ruangan login. Jikalau anda merupakan pelanggan baru klik pada "teruskan" pada kotak di sebelah kiri dan jika anda merupakan pelanggan lama, isi alamat email dan kata laluan di kotak kanan dan klik pada masuk sistem.
Langkah 6:
Anda kini dibawa ke ruang maklumat penghantaran. Disini anda boleh memeriksa dan menukar alamat penghantaran, memilih lokasi/harga penghantaran anda dan tambah komen pada pesanan anda. Klik "teruskan" apabila anda sudah selesai.
Langkah 7:
Anda kini dibawa ke ruang maklumat pembayaran. Disini anda boleh memeriksa dan menukar alamat pembayaran, memilih cara bayaran dan tambah komen pada pesanan anda. Klik "teruskan" apabila anda sudah selesai.
Langkah 8:
Selepas anda klik pada "teruskan" anda akan dibawa ke ruangan pengesahan. Disini akan terdapat rumusan mengenai pesanan anda. Anda boleh menukar kembali mana-mana informasi jika berlaku kesilapan dengan mengklik "tukar". Di sini juga terdapat maklumat tentang bagaimana untuk membuat bayaran. Apabila anda suddah berpuas hati, klik pada "sahkan pesanan" untuk mengakhiri transaksi dan sekaligus menghantar data kedalam pengkalan data kami.
Selesai.
Kami harap anda memahami penerangan yang telah diberikan dan jika berlaku masalah jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di 0107601710. Terima kasih.
|